Pagi Ahad ni Faidz dikerah ke majlis perkahwinan kawan kepada keluarga Faidz yg dah hampir 15 tahun tak jumpa (Faidz laa yang tak jumpa). Kawan kepada ayah Faidz ni kenalan keluarga kami masa ayah dan mak muda-muda dulu semasa mereka menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Mesti korunk tertanya kenapa plak entry ni bertajuk 'JAMU MAK DARA'?? No! No! No! bukan Mak Dara tu kawan kepada keluarga kami tp masa Faidz singgah di stesen minyak PETRONAS, Faidz terlihat iklan Jamu Mak Dara di akhbar HARIAN METRO. Apa yang peliknya? cuba korunk tengok kat bawah ni
Huh! Mak Dara dah tak pakai kebaya lagi.. Moden kan.. hahahahaha.. Mungkin kerana ramai anak dara sekarang yang makan jamu Mak Dara. Tu pasal Mak Dara dah nampak muda skit. *tah apa-apa laa Faidz ni!
Mak Dara berkebaya
Apa pon perubahan pada Mak Dara, Faidz rasakan corak pengiklanan yang dilakukan dapat menarik golongan muda untuk mencuba jamu selain vitamin yang popular skrang. Pasni, harap keluar laa maajun Mak Dara plak.. Mungkin Faidz leh cuba.. *pitam


0 comments:
Post a Comment